Sekretariat Rundingan Damai Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) masih mencari titik persetujuan bersama kerajaan Thailand berhubung krisis di selatan negara itu.<br /><br />Ketua Delegasinya, Anas Abdul Rahman bagaimanapun berkata, pertemuan yang berlaku pada Isnin lalu menumpukan soal konsultasi awam serta pengurangan tindakan kekerasan antara kedua-dua pihak.
